Assalamualaikum selamat petang korang, hari ni selepas aku pikir panjang aku decide buat blog baru untuk jawab soalan-soalan korang dekat blog lama aku. Untuk permulaan aku harap korang tak kisah aku bahasakan diri aku, sebab rasa lagi santai macam cakap dengan kawan :)
Ini aku review balik ye pasal diri aku sebagai student e-pjj UiTM:
Aku pelajar Diploma Pentadbiran Awam (AM110) tahun 2011. Aku masuk sesi Semester 1 2011/2012. Aku baca ada yang tanya ingat aku student ijazah tapi sebab menda sama aku boleh lagi jawab.
Aku masuk pjj UiTM umur 21 sebab tadaaaa aku sebenarnya sebelum tu seorang pelajar full time UiTM Perlis. Aku budak fakulti FSPU. Aku agak struggle lepas tu aku sedar aku tak minat course tu. Aku sedar agak lambat sebab sem 4 baru aku decide nak keluar. Cerita dia bak kata orang sangat buang masa so aku dengan tekadnya kemas baju balik kampung. SPM aku pun dapat 5A 4B 1C orang kata takda la tak pandai tapi mungkin Allah dah tunjuk mana yang terbaik untuk aku.
Aku balik kampung umur 20, aku terus cari kerja je, aku tak pikir apa dah. Aku dapat keje jadi kerani dekat syarikat sekuriti dengan gaji RM700 tahun 2010. One day bukak surat khabar ada iklan pjj uitm so aku balik cakap kat parent aku nak sambung sini je sebab asalnya ayah aku suruh apply full time tapi aku kesian sangat ayah aku dah habis duit banyak dan aku rasa aku nak keje sambil study so aku tak payah susahkan parent.
ok pendekkan cerita, aku sambung study dekat UiTM Kampus Kuantan sebab aku duk kuantan je. So jimat la duit semua kan sebab kelas 2 kali je sebulan. Ayah aku hantar pergi kelas sebab aku takda kenderaan yela gaji kecik masa tu.
Tapi tak lama lepas tu aku dapat keje tetap dekat UIAM Gombak sebagai PA so relate dengan course pentadbiran awam ni. Aku beli kereta so ulang alik la sampai habis study. Nak jimat aku naik bas tinggal kereta dekat stesen bas pekeliling tu haa. Susah senang Allah je la tau.
Aku kahwin dan pregnant pun memang habis study.
///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Ok mukadimah habis ye.
So aku akan jawab soalan-soalan ye. Lets go.
1. Assalamualaikum kak. Saya nak tanya, apa kebaikan epjj ni? Slain kenaikan pngkat then apa lg? Klau koko pulak tak terlibat eh utk epjj? Konvo pulak mcmana? Skali dgn student full time?
Jawapan: Kenaikan pangkat bergantung pada tempat kerja masing-masing. Selalunya unit beruniform memang cepat kenaikan. Koko tak perlu. Konvo sekali budak full time.
2. Assaalamualaikum kak. Saya liyana. Saya nak tanya, saya memang dah dapat untuk pjj degree. sebabkn tengah bekerja, saya nak tahu, waktu exam dia macammana ya kak? sebab ada nampak exam pada hari weekdays? betul ke? kalau kelas saya tahu setiap hari ahad sahaja kan? exam tu?
Jawapan: Exam weekdays memang ada, so kena apply la cuti. Macam tempat keje aku cuti untuk staff exam ada. Kalau takda kena simpan la cuti annual tu ye. Kelas ahad je.
3. Assalamualaikum akak. saya nak tanya, kalau pjj ni berapa tahun habis? biasa kalau full time 4tahun.
Jawapan: pjj ni lama dari full time. Boleh agak lebih 1-2 tahun dari full time. Kalau diploma 3 tahun pjj 4 tahun. Degree tengok la kalau course sama boleh transfer credit kurang sikit.
4. Assalamualaikum kak. nak tanya, biasanya utk pjj 1 sem ambil masa tempoh berapa lama?
Jawapan: sama macam tempoh full time cuma kelas 2 kali sebulan.
5. hi . boleh tak terangkan mcm mana nak paham jadual yg dia dah sediakan di portal ined tu . saya kurang jelas lah .
Jawapan: Mohon check website tersebut ye. Ni aku tak tau nak jawab apa. Sebab jadual tu senang nak paham ikutkan.
6. hi sis... best baca blog awak... hmm anyway sy student baru utk PJJ UiTM... tak dapat nk ckpla cemane.. awal2 ni dah stresss... stress bukan ape.. sbb x biasa lgi dgn iclass... format asgment sume then x kenal sape2 pun dlm class tu. rata2 tengok masing2 mcm hebat dlm group iclass tu buat sy rasa down... sy pulak jenis terkial2... member yg sama2 daftar minggu lepas awal2 dah tarik diri harini. Sy semakin la down. Sedih sgt... normal ke perasaan mcm ni.. debar2 je tkut x boleh catchup... sy ex student politeknik.. bila sambung degree kt uitm ni rasa mcm berbeza sgt2...then rasa mcm susah nk catchup style study E-Learning ni :(
Jawapan: Terima kasih sebab sudi baca :) Stress ni memang wajib tapi cayela kena sabar kuat pikir la kuar duit dah banyak so kena habiskan ye. Betul kalau ikutkan sekarang orang kata Pdpr, uitm pjj ni lama da pdpr nya. sebab kelas sikit je, yang lain study sendiri.
7. assalamualaikum kak. Saya nak tanya, kat mana kita nak tengok jadual kita masa nak daftar subject supaya tak bertindih? and dia mcm ada bg jadual sminar. Yang 7 seminar atau 5 seminar. wajib pergi ke macam mana?
Jawapan: Waalaikumsalam, 5 & 7 seminar tu memang wajib pergi, dia ikut subjek setahu akak, macam credit hour tinggi 7 seminar selalunya, dari jadual yang ade cuba tengok subjek yang awak amik tu.
8. Assalamualaikum kak.Saya, inshaAllah sambung degree pjj bulan ni. Course finance. Saya nak tanya pendapat akak, okay tak kalau masa sem 1 kita add course yang sem 2 punya? sebab sem 1 mungkin subject tak tough lagi. kot. Ada pressure tak agak2 hahaha. Ini sambung pjj pun banyak bagi negative feedback hmm.
Jawapan: Waalaikumsalam dik, better jangan add lagi, cari mood dulu, hehe, kalau adik add subjek sem 2 kang stress jenuh, sem satu selalu subjek senang so senang cgpa tinggi. tak payah layan dik negative feedback, kalau mengalah nanti separuh jalan.
9. Salam. Kak nak tanya. Memang kena kerja setahun ke? Sebab sekarang saya kerja tempat baru, baru je 4 bulan. Tempat kerja sebelum ni 1tahun setengah. Mcm mana ya?
Jawapan: Boleh je dik, akak dulu bos buat surat kata keje setahun, hehe
10. Salam Sis, Saya ada baca yg sis komen, utk ePJJ xde intern and koko kan. Boleh sis terangkan dengan lebih lanjutmengenai intern tu?.. adakah intern tu depend pada course yg kita ambil atau memang semua course ePJJ xde intern?. Sbb saya ada baca Pelan Pengajian dekat portal, pada Semester ke9 nanti akan ada Industrial Training dan dinyatakan sebagai Kursus Utama.
Jawapan: ok pelan pengajian tu dia memang include macam tu. setahu saya takde intern ke koko, sebab pelan saya da dari 2011 kan, kalau latest ni tak pasti, tapi kalau keje mane boleh buat intern ke koko, hehehe
11. Salam sis , Saya lepasan spm . Saya sudah dapat kerja sebagai pt rintis which is kerja under kerajaan. Sya nk tnye macam mne sya nk dapatkan pengesahan dripada boss mcm sis yg mengatakan sudah bekerja selama 1 thun ? Sedangkan sya bru shaja bekerja untuk beberapa bulan dan ingin membuat pjj diploma pentadbiran awam . Adakah sya layak ? Tq sis
Jawapan: waalaikumsalam, hai sorry lambat reply, sebenarnya depend on bos, kalau bos ok boleh buat surat tu adjust date ok je, uitm ni dia tak strict sangat. in shaa Allah lepas je.
12. Salam, Sis Saya lepasan Spm dan tidak ada pengalaman langsung cara belajar di universiti manakan pulak ePJJ ni tetapi saya tekad demi kelangsungan hidup,kerjaya dan keluarga saya teruskan jugak, alhamdulillah saya diterima dan akan memulakan ePJJ atas kos pentadbiran awam pada sessi ambilan september 2018 ni. Persoalan saya apakah nasihat yang berguna dapat diberikan atas pengalaman sewaktu sis belajar epjj ni dan bagaimana nak score setiap subjek bermula dari sem 1 sehingga sem 8 kerana tiada pengalaman dalam perkara ini, kemudian dalam masa yang sama pembelajaran saya ini juga adalah di bawah tajaan MDAB dan saya perlu mengekalkan CGPA 3.00 ke atas setiap sem agar tajaan tersebut berkekalan sehingga tamat belajar . Saranan dan pendapat ?
Jawapan: nasihat saya fokus sepeunuhnya pada sem 1 sbb cgpa akan berat bergantung pada gpa sem 1..cara pembelajaran kena rajin bt study group, tanya lecturer soalan2 yg konpius, dan paling penting bt nota ringkas. Kuiz,test dan assignment pastikan dihantar on time sbb semua tu jgk akan membantu untuk dapat result yg baik.
13. adakah i class memerlukan kita mempunyai computer @ laptop sendiri dan bilakah masa yang diperuntukkan atau sesuai untuk pengunaannya kerana saya tidak mempunyai computer @ laptop peribadi (belum berkemampuan) selain menggunakan kemudahan di cyber cafe atau telefon bimbit, mohon pencerahan lanjut.......?
Jawapan: as long ade internet boleh je dik, pegi cyber cafe pun ok or library
14. Assalamualaikum sya nak tanya. Katakan sya dah apply sambung belajar melalui upu lepastu dalam tempoh tunggu sambung belajar tu sya dapat kerja..mcm mana ye?
Jawapan: Pendapat saya, jika umur awk masih terlalu muda, better awk sambung je belajar, tapi jika awk dapat kerja yang menjamin masa depan, yang sukar orang lain dapatkan, awk boleh kerja dulu. Tak semestinya kalau kita kerja, kita tak boleh sambung belajar & berjaya. Sekadar pendapat.
15. Assalamulaikum sis, course yg saya ambik kos hr. 4 tahun 1/2, tapi saya nak habsikan degree cepat. lagi2 terikat dengan komitmen yang akan datang saya akan jadi isteri orang. sebab tu saya nak habis cepat. so apa pendapat sis ya ? masa mengandung still boleh belajar ke ?
Jawapan: takde masalah kalau mengandung sis.
16. Assalamulaikum sis... bila sye baca BLOG sis sy mcm minat je nk bt pjj..sye nk thu pjj ni ada had umur tak?
Jawapan: takde rasanya sis
17. Hai..Sy nak tanya. Kalau dah smbung degree dalam 2 tahun tu,3 tahun lagi tu boleh ke ambik pjj?
Jawapan: tak boleh sis, kena ikut mode study kalau pjj mmg pjj je.
18. Kalau buat pinjaman ptptn ada ke utk pjj?
Jawapan: boleh . asalkan uni pilihan awak tu IPTA . Boleh bukak laman web ptptn, kemudian click dkt bhg permohonan pinjaman.
19. Assalamualaikum akak. Kalau nak buat pjj ni memang kena kerja ye ? Saya nak belajar tapi mak saya sakit takde orang nak jaga. So saya just buat business online untuk support study .boleh ke buat pjj kalau tak kerja ?
Jawapan: boleh je takde masalah.
20. salam . saya nak tanya macam mana dgn jadual exam utk pjj ya . biasanya paling lama brpe hari exam and ade gap atau sederet semingu cthnya.
Jawapan: ikut subjek sis, ikut jadual juga,
21. Sy dulu amik dip account politeknik. Berbaloi tak kalau sy amik degree finance PJJ sis? Sbb kalau sy PJJ degree akaun sy kena ke kelas kt shah alam then tinggal kt jb n sy tkut kalau sy tk boleh nk fokus bljr sbb penat. Kos akaun mmg tough thats why sy takut nk amik risiko
Jawapan: boleh je takde masalah.
22. assalamualaikum.. nak tanya kalua stu sem amik 3 subjek n total credit hour 8 jam bolej jgk k ?
Jawapan: rasanya boleh tapi kalau amik sikit sangat lambat la abis
23. salam kak, saya baru dpt tawaran pjj AM110 intake september/2018 ni. Ada sesiapa dah register kos ke? tak berapa nak faham cara nak register tu. Kene pilih 5 seminar ke 7 seminar. Sapa2 yg sama kos saya blh la email saya..sng nak tanya2 nnti. tq ;-) faell2187@yahoo.com
Jawapan: bukan plih dik 5/7 seminar tu, dia ikut subjek, ade subjek 7 kali, ade subjek 5 kali je, normally 7 seminar tu subjek core.
25. Salam nak tnya.. brapa lama tempoh pjj ni.. adakah bergantung pada kursus yg diambil?.. saya brminat utk ambill pjj pringkat ijazah!!
Jawapan: normally 4 ke 5 tahun, kalau dari dip uitm bleh transfer kredit.
26. Salam, kak nak tanya epjj ada penerapan ke?
Jawapan: takde dik, kena apply, pjj x sama mcm fulltime.
27. Masa tu akak umur berapa?
Jawapan: 21 dik
28. Assalammualaikum, have you repeat before? Alhamdulillah saya tinggal 1 semester untuk habiskan, dan ujian Allah uji saya repeat which is 1 subjek wajib ambik kalau tak can't sambung subjek atas dia dan kebetulan if repeat, class jadi clash. Boleh ke masuk separuh masa subjek A , separuh lagi Subject repeat.
Jawapan: penah repeat, hahaha, saya abiskan masa sem akhir, saya ambil sume subjek termasuk subjek repeat, tapi saya kena buat surat ke ined uitm, ade procedure dia, boleh call ke sana, saya ambil risiko puas gak merayu, hehe, tapi alhamdulillah dibernarkan ambil sbb sem akhir.
boleh je masuk separuh2 pastikan lecturers dua2 subjek tau dan paham, kalaudorang xbagi susah la sikit, tp in shaa Allah lecturers selalu tolong as long buat je ape depa suruh.
29. salam..nak tanya..tempoh pengajian pjj dr sem 1 - sem 7 makan masa berapa tahun?
Jawapan: 2 sem setahun, so boleh kira kan, hehe
30. hi liyana, awk start pjj utk degree mase umur brapa ye? dan ssh x utk study dgn kwn2 yang jauh berbeza umur ni? :)
Jawapan: saya study diploma umur 21 dan dalam kelas saya, saya paling muda, sebab ramai akak abang yang keje lama baru nak sambung study :)
31. assalamualaikum, nak tanya , mcm mne nak hntr surat sokongan drpd bos tu? and bila sepatutnya hntr ? sy baru buat permohonan utk sesi march 2019 di uitm shah alam
Jawapan: Surat sokongan tu saya hantar sekali dgn dokumen masa nak hantar borang permohonan, yang latest saya tak pasti kena tengok website uitm ye.
32. Assalam liyana..Saya lepasan stpm nak tanya if nak smbung degree ..untuk stpm syarat kemasukan perlu P.Am 2.00 ke atas..but kalau bawah dari 2 lepas ke untuk masuk ya..Hope get your respond ASAP.maseh
Jawapan: yang ni pun saya harap awak boleh tanya direct pihak uitm sendiri, sebab ni berkaitan dengan kemasukan akademik kan. takut salah jawab nanti. In shaa Allah ada person in charge yang akan menjawab soalan ni :)
33. hi. saya nak tanya. kalau 1 subjek je yg diambil untuk pjj ni berapa ye yuran untuk 1 sem? thank you
Jawapan: Kalau nak amik 1 subjek semata-mata tu sebab apa ye? kalau last sem ke repeat paper tu biasa dengar. Jarang student nak amik subjek 1 je sebab rugi masa 1 semester.
34. Assalamualaikum sis, maaf bertny, sy nk smbung blaja umur 30,SPM, kerja almost 8y (6y di Uni awam) pem.tadbir je... layak ke sis nk mohon sy tak da diploma... dan bidang sy nk ambil office management... sy igt nk mohon utk intake epjj march 2019 ni... mohon pencerahan sis... x tahu nk mula dri mana ni...
Jawapan: Apply diploma dulu ye awak, step by step :) Buka website uitm dan apply. Saya pun bekerja di universiti awam.
35. Hai. Sy first time nak sambung study. Dlm fikiran ni takut tak boleh bawa study pun lama jgk tu. Ada x kwn2 lain jgk yg nak sambung utk mac2019 nt? Mana tau kot ada geng semangat tu dtg.
Jawapan: Jangan risau awak, kena pikir niat kita nak cari ilmu, in shaa Allah mudah.
36. Assalamualaikum sis, maaf nak tanya.currently sy mmg tak kerja dan tiada plan untuk berkerja in future cuma sy minat nak sambung belajar degree office system memandangkan sy ade diploma office mgt dulu.Boleh ke sy yang tak bekerja ni diterima masuk?terima kasih
Jawapan: Kalau ikut dari jawapan sharing daripada kawan2, ada yang kata boleh, tapi lebih baik confirmkan dengan UiTM ye.
37. Salam sis.. saya pun baru lepasan pjj.. ada setengah kawan- kawan.. ckp..belajar pjj ni.. diaorg x respect.. x standart.. lainlh budak2 baru lpasan spm.. yg masuk u.. fresh.. mmg bgus kelulusan dia..
Stress pulak .. pikir pandangan org terhadap kita yg belajar pjj. Yg ckp x belajar pun dah vetren.. š¢
Harap sngat dapat smbung study musim covid ni. biarpun baru lepas brsalin. Hrap bole handle Mcm sis liyana.
ReplyDeleteAssalamualaikum... Nk knfm.. kalau pjj ni kelas dia ada face to face x? Sori sis, sbb xjumpa jawapan yg jelas lg dlm setiap soalanš¤
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, saya nak tanya. Pjj ni mmg kene secara f2f ke or mmg boleh online sahaja? 2)Akan ade masa ke yg memerlukan kita untuk f2f di kampus? maaf ya, sbb saya masih x berapa jelas. Saya ingat nak smbung degree pjj tp kampus berjauhan dgn tempat kerja.
ReplyDelete